SEPAK TAKRAW



PENGENALAN : 

      Sepak takraw bermula daripada Sepak Raga Bulatan dan adalah permainan masyarakat Melayu yang kini cukup popular hingga ke persada dunia. Sejarah permainan ini bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Buku sejarah Melayu memuatkan beberapa peristiwa mengenai permainan tersebut di Melaka pada pertengahan abad ke-15, semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah. Kini, Sepak Takraw terkenal kebanyakan di negeri Selangor, Johor, Kedah dan kelantan.

     Bola Takraw ini berbentuk bulat diperbuat daripada anyaman rotan atau pita sintetik, mempunyai garis lilit antara 0.42m ke 0.44m, 12 lubang dengan 20 pertemuan silang pita-pita. Jika diperbuat daripada rotan lapisan harus mengandungi antara 9 hingga 11 urat.

     Para pemain perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Permainan perlu bermula dengan semua pemain berada di petak masing-masing dalam keadaan bersedia. Tekong yang membuat lontaran sepak mula hendaklah sebelah kakinya berada di dalam bulatan sepak mula dan sebelah lagi berada di luar bulatan tersebut. Apit regu yang menyambut lontaran sepak mula dan yang seseorang lagi mesti berada di dalam suku bulatan masing-masing. Selepas tamat set pertama, kedua-dua regu hendaklah menukar petak dan pemenang memulakan set kedua.

 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_di_Malaysia 



INI ADALAH CONTOH PERLAWANAN SEPAK TAKRAW MALAYSIA VS THAILAND


MANFAAT BERMAIN SEPAK TAKRAW :

 

1. Meningkatkan kesihatan fisik

      Manfaat sepak takraw yang pertama adalah olahraga ini melibatkan gerakan-gerakan cepat, loncatan dan pukulan akurat yang menguji kekuatan dan daya tahan tubuh. Bermain sepak takraw secara teratur dapat meningkatkan kesehatan jantung dan paru-paru, meningkatkan kekuatan otot serta meningkatkan fleksibilitas dan keseimbangan.

2. Mengembangkan keterampilan motorik

     Olahraga ini melibatkan penggunaan tangan, kaki dan kepala untuk mengoper bola ke sisi lawan. Melalui latihan dan permainan yang terus-menerus, para pemain sepak takraw mengembangkan keterampilan motorik halus dan kasar mereka, yang dapat meningkatkan koordinasi tubuh secara keseluruhan.

3. Mengajarkan kerjasama berpasukan

    Manfaat sepak takraw berikutnya adalah sebagai olahraga tim, di mana pemain harus bekerja sama untuk mencapai tujuan bersama. Ini mengajarkan nilai-nilai kerjasama, saling mendukung dan komunikasi yang efektif di antara para pemain.



KELEBIHAN BERMAIN SEPAK TAKRAW :

Pelbagai kelebihan bermain permainan sepak takraw. Antaranya ialah:

 

 1)TULANG DAN OTOT AKAN MENJADI LEBIH KUAT  

     Pada saat bermain sepak takraw tulang akan menjadi semakin kuat kerana gerakan yang dilakukan semasa bermain dapat melatih otot-otot untuk bergerak lebih pantas melompat, menimbang atau lain-lain dalam permainan sepak takraw.Permainan ini sangat bagus untuk membentuk otot dan tulang yang kuat.

 

 

   2)MELATIH OTAK

 

      Dalam permainan sepak takraw, pemain bukan sahaja mengerakkan tubuh badan malah pemain juga harus menggunakan pemikiran untuk mengatur strategi.Permainan amat untuk pemain mengatur strategi untuk mengalahkan atau mencari kelemahan pihak lawan supaya memenangi pertandingan itu.Permainan ini dapat mengasah pemikiran supaya dapat menandangi masalah yang boleh diselesaikan.

 

 

   3)MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

 

      Semasa bermain sepak takraw,pemain akan berpeluk dan akan mengeluarkan toksik di dalam badan.Ini akan menyebabkan peredaran darah dalam tubuh badan akan lancar dan kesihatan jantung akan terjaga.

 

 

   4)MENCEGAH RISIKO TERKENA DIABETES
 

      Semasa bermain sepak takraw,pemain akan terhindar dari gejala diabetes.Ini kerana permainan melakukan tenaga yang banyak dan dapat melancar peredaran darah yang membuat kadar gula dalam darah akan menurun.Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya penyakit diabetes.

 

 

   5)DAPAT MENGURANGKAN STRESS
 

     Setiap orang akan mengalami stres dalam kehidapannya dan mengalami pelbagai masalah seperti masalah dalam pekerjaan atau masalah dalam pembelajaran.Permainan ini akan mengurang stres dalam kerana permainan memerlukan fokus yang tinggi untuk bermain dan kita tidak akan memikirkan perkara yang lain hanya fokus dalam permainan sahaja.Permainan sepak takraw sangat bagus untuk seseorang itu menghilang stres dalam kehidupan sehariannya.

NAMA-NAMA ATLET SEPAK TAKRAW MALAYA

1) Mohammad Syahir Mohd Rosdi (TEKONG)
2) Muhammad Noraizat Mohd Nordin ( APIT KANAN )
3) Amirul Zazwan Amir ( APIT KIRI )

PENCAPAIN SEPAK TAKRAW DALAM MALAYSIA 



https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2018/08/467132/malaysia-masih-kuasa-besar-dalam-sukan-takraw


 Kejayaan skuad kebangsaan merangkul emas acara Regu dengan menewaskan tuan rumah Indonesia 18-21, 22-20 dan 21-11 di Sukan Asia Jakarta Palembang hari ini membuktikan Malaysia masih antara kuasa terkuat dalam sukan sepak takraw di rantau ini. 

    kejayaan ini bertambah manis kerana pemain dapat menamatkan penantian 24 tahun Malaysia untuk meraih emas dalam sukan tradisi orang Melayu dengan kali terakhir berbuat demikian Sukan Asia 1994 Hiroshima, Jepun.

    kejayaan ini adalah hasil kerja keras semua pihak terutama pemain yang bermain bermati-matian, selain usaha barisan jurulatih dan kepimpinan kelab persatuan Sepak Takraw. 

"Berkat kesabaran dan kesungguhan pemain membuktikan sepak takraw antara sukan berprestasi tinggi yang perlu diberikan perhatian. 

 

VIDEO PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA



https://youtu.be/8SLhQWYvo1M?si=czecj9FV6Qub7qtY



Comments