PENGENALAN SUKAN & PERMAINAN





 PENGENALAN TENTANG SUKAN PERMAINAN DI MALAYSIA :


 https://ms.wikipedia.org/wiki/Portal:Sukan

     


: Blog ini menceritakan tentang kepentingan sukan untuk kesihatan badan dan jenis sukan yang boleh kita bersukan antaranya, sukan sepak takraw, sukan badminton, futsal, bola tampar dan sebagainya.

Sukan ini terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokkan,  kecemerlangan dan sebagainya. Yang membezakan sukan itu ialah cara permainan tersebut. Sukan pada awalnya  diiktiraf sebagai aktiviti-aktiviti yang berasaskan untuk kesihatan seseorang individu itu.  Sukan biasanya ada peraturan atau adat yang bertujuan untuk memastikan persaingan pihak lawan itu adil, dan tidak berlaku apa-apa kecelakuan.

Di samping itu, sukan amat memberi impak besar kepada seseorang individu untuk menjaga kesihatan badan dan akan membuat minda seseorang itu cerdas dan cergas sepanjang masa. Oleh itu, kita mestilah bersukan sekurang-kurangnya seminggu 3 hingga ke 4 kali untuk mendapatkan kesihatan yang sihat supaya kita dapat melakukan pelbagai aktiviti sepanjang hari dengan lebih ceria. Akhir sekali sukan juga memberi impak yang besar kepada tubuh badan untuk meregangkan otot-otot yang kemdur yang diselaputi dengan lemak yang tebal. Hal ini dapat membuat muka seseorang individu itu akan lebih kelihatan muda dari sebelum bersukan.

Comments